Tuesday, August 25, 2015

Perjalanan Insan

No comments:
Tika aku cuba mencari sinarNya
Secebis cahaya hadir menerangi jalanku
Berbagai onak duri yang perlu ditempuh
Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia
Adakalanya manis dan adakalanya pahit.

Tapi apakan daya aku hanya insan biasa
Ada ketika aku
Tersilap menyusun atur cara
Ada ketika aku
Tersasar pada langkah
Lalu aku tersandung dimana aku bermula

Tapi itu bukanlah sebagai alasanku
Untuk terus jatuh
Dibuai oleh keduniaan

Wahai diri,
Usahlah hairan tika melihat keindahan sang awan
Tapi hairanlah tika dirimu berdiri
Mengapa masih mahu siratkan
Kekhilafan pada diri

Zahirkanlah pada Tuhan
Pohonlah keampunan dariNya
Yang Maha Esa

-Qur'ani Akashah

Read More

Sunday, August 23, 2015

Kering Jasad Tanpa Ilmu

No comments:
      
Dalam dunia ini .
Daku mencari apa sebenarnya
Ketenangan ..
Gasak terus digasak si Durjana,
Jiwa, dinoda
Kepuasan apa yang dicari?

Cinta.
Erat genggam diruntun syaitan,
Alam ini milik Tuhan,
Atsmofera aku mendongak.
Masih lagi tapak kaki,
Masih lagi Jari jemari,
Takhendak menyembah bumi,
Sungguh Terkubur lantas Dicemari .

Berbolak balik diri,
Mencermin diri, melihat rupa,
Hanya tona api yang membara,
Kehangatan Rentak zaman Dilalui,
Tersasar diri .

Allahu . Allah ..

Sendiri dibawah neon  cahaya,
Air mata berbutir menitis,
Berselimutkan diri dengan noda,
Daku, berdosa .

Ya Tuhanku Dimanakah Jalannya?

Satu demi satu, 
Titian akan direntasi,
Beratkah ujian akan dialami nanti?

Sungguh,
Jalan yang berliku berbatu - batu,
Sungguh tapak menahan bara,
Namun itu, keazaman Demi cinta .
Bimbing daku ke jalanNya.

Allah .

- Zulkifli Hasim

Read More

Friday, August 21, 2015

AKU...

No comments:
Duhai diri,
Dulu akulah Raja Duniawi
Semua telah pun aku cuba sebagai pencabar diri
Aku redah senang bagai petik jari
Lakukan pelbagai perkara asalkan kepuasan menang di hati
Halal Haram aku letak tepi!
Duhai diri,
Telah pelbagai benda aku kecapi
Tetapi mengapa ketenangan tidak singgah di hati?
Resah gelisah menyapa diri
Terkadang kesepian mendatang; lalu aku menyendiri
Tiadalah istilah tenang pada jiwa ini
Tertanya juga kemana hilangnya pergi?
Duhai diri,
Nasihat, Tarbiah sering kedengaran
Puas sahabat memberi keinsafan
Dan barulah aku sedar dari lamunan
Sungguh sedih terkenang akan perbuatan aku
yang benar-benar memalukan!!
Menangis meratap mengingati hari perhitungan
Ke arah manakah berat timbangan?
Ya Allah Ya Rabbi,
Kau Maha Pengampun pada hambaMU
Biar aku korbankan harta duniaku
Asalkan taubatku ini diterimaMu
Aku bangkit seolah menerima jasad baru
Mendidik hati pada perintah RabbMu
Biarlah Jannah menjadi destinasi terakhirku

Read More