Friday, August 21, 2015

AKU...

Duhai diri,
Dulu akulah Raja Duniawi
Semua telah pun aku cuba sebagai pencabar diri
Aku redah senang bagai petik jari
Lakukan pelbagai perkara asalkan kepuasan menang di hati
Halal Haram aku letak tepi!
Duhai diri,
Telah pelbagai benda aku kecapi
Tetapi mengapa ketenangan tidak singgah di hati?
Resah gelisah menyapa diri
Terkadang kesepian mendatang; lalu aku menyendiri
Tiadalah istilah tenang pada jiwa ini
Tertanya juga kemana hilangnya pergi?
Duhai diri,
Nasihat, Tarbiah sering kedengaran
Puas sahabat memberi keinsafan
Dan barulah aku sedar dari lamunan
Sungguh sedih terkenang akan perbuatan aku
yang benar-benar memalukan!!
Menangis meratap mengingati hari perhitungan
Ke arah manakah berat timbangan?
Ya Allah Ya Rabbi,
Kau Maha Pengampun pada hambaMU
Biar aku korbankan harta duniaku
Asalkan taubatku ini diterimaMu
Aku bangkit seolah menerima jasad baru
Mendidik hati pada perintah RabbMu
Biarlah Jannah menjadi destinasi terakhirku

No comments:

Post a Comment